Powered By Blogger

Isnin, 28 Mac 2011

Nasi...oo...Nasi....

Kadang-kadang tu bila hilang rajin untuk masak lauk pauk...maka terhasil la.... versi nasi goreng ikut apa yg ada dalam simpanan di peti sejuk tu...
Nasi goreng cendawan Cina.
1 mangkuk nasi. ( kurangkan air sedikit ketika memasaknya, supaya nasi keras sedikit)
3 ulas bawang putih diketuk
1/2 labu bawang besar di potong  nipis.
2 biji telur
1/2 cawan daging cincang
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 1/2 sudu teh garam ( atau ikut suka)
3 kuntum cendawan shitake
1/2 cawan celery ( potong nipis )
1/2 cawan carrot ( potong halus memanjang )
1/2 cawan kacang panjang potong halus
1 biji cili merah potong halus
sedikit mentega utk menumis

Cara:
1. Gaulkan nasi dengan garam, lada sulah dan sos tiram.
2. Pukul telur dan goreng dengan sedikit minyak. kacau dengan laju didalam kuali dan angkat.
3.Panaskan mentega dalam kuali. Masukkan bawang putih dan bawang besar.
   Goreng hingga kekuningan.
4. Masukkan daging dan kacau sebentar.
5. Masukkan sayuran.
6. Masukkan nasi
7. Masukkan telur
8. Masak sebentar dan angkat.
.........................
.....tarrraaa......terhasil la nasi goreng yg ringkas  lagi mengenyangkan !



  • 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan